Aktiviti : Pengurusan Diri.
Objektif :
Pada minggu ini iaitu inggu kelima kami telah melakukan aktiviti pengurusan diri bersama pelatih-pelatih di Pemulihan Dalam Komuniti (PDK). Aktiviti yang dilakukan adalah menggosok gigi, adab sebelum dan selepas makan dan kekemasan diri. Kemahiran pengurusan diri ini adalah penting kerana ia membolehkan pelatih menjaga kesihatan dan kebersihan diri sendiri tanpa bantuan orang lain. Berdasarkan kepada pengalaman saya, terdapat pelatih yang hanya mampu menggosok gigi sebelah kanan sahaja. Apabila saya dan rakan-rakan mengajar cara-cara untuk menggosok gigi dengan betul, pelatih tersebut kelihatan riang dan mampu untuk mengikut arahan bersama-sama untuk menggosok gigi. Bagi adab sebelum dan selepas makan, pelatih diajar cara-cara untuk membasuh tangan dengan betul dan membaca doa sebelum makan. Perkara yang telah saya perolehi adalah tidak kesemua pelatih mampu membasuh tangan dengan betul. Oleh itu, saya telah membantu pelatih membasuh tangan dengan betul dan meminta pelatih untuk mengulangi kaedah untuk membasuh tangan supaya tangannya bersih. Semasa melakukan aktiviti kekemasan diri, salah satu perkara yang dilakukan adalah menyikat rambut. Pelatih diberi peluang dan diajar cara-cara untuk menyikat rambut dengan betul. Ramai pelatih yang kelihatan gembira kerana saya dan rakan-rakan melakukan aktiviti pengurusan diri kepada mereka. Walaupun terdapat pelatih yang tidak mampu untuk menguruskan diri sendiri, namun tidak salah untuk mengajar mereka cara-cara untuk menguruskan diri sendiri. Semoga perkara yang dilakukan oleh saya dan rakan-rakan sedikit sebanyak dapat membantu pelatih-pelatih untuk menguruskan diri sendiri tanpa bantuan orang lain.
Objektif :
- Pelatih dapat menyebut peralatan yang digunakan semasa memberus gigi dan merapikan diri.
- Pelatih dapat mempelajari kaedah yang yang betul untuk memberus gigi.
- Pelatih dapat memberus gigi dan merapikan diri tanpa bantuan orang lain.