Aktiviti : Suai kenal dan membantu Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) membuat props bagi Talent Time.
Objektif :
Minggu ini merupakan minggu pertama berada di Pemulihan Dalam Komuniti Taman Sri Gombak. Sebelum ke Pemulihan Dalam Komuniti (PDK), pelbagai persoalan bermain di fikiran saya mengenai Pemulihan Dalam Komuniti kerana saya berpendapat mengenai pelatih di sana sama ada pelatih mempunyai ciri yang sama dengan murid berkerperluan khas di sekolah atau tidak. Pelatih di Pemulihan Dalam Komuniti juga terdiri daripada pelbagai peringkat umur, jadi ia membuatkan saya berfikir mengenai cara berkomunikasi yang sesuai dengan mereka agar sesuai dengan tahap umur mereka. Selain itu, saya menjangkakan bahawa kelengkapan Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) adalah baik dan bersesuian dengan pelatih iaitu golongan Orang Kelainan Upaya serta mempunyai ruang yang luas untuk melakukan pelbagai aktiviti walaupun telah mengetahui Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) tersebut berada di kawasan perumahan. Semasa pertama kali ke sana, perasaan teruja mengenai Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) adalah tinggi kerana sebelum ini saya tidak pernah menjejakkan kaki ke mana-mana Pemulihan Dalam Komuniti (PDK). Pada pendapat saya, dari aspek keselamatan, saya melihat bahawa kawasan Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) tersebut adalah tidak seberapa selamat kepada pelatih kerana kawasan kebunnya dan persekitaran adalah agak semak. Manakala, boleh dikatakan bahawa tangga untuk ke kelas pelatih juga tidak meletakkan ciri-ciri keselamatan kerana tangganya adalah tidak selari antara satu sama lain. Namun, ia masih boleh diperbaiki. Melihat kepada beberapa orang pelatih yang berada di Pemulihan Dalam Komuniti, boleh dikatakan bahawa tahap mereka adalah berada pada tahap teruk namun ia bukanlah merupakan semua pelatih. Bukan itu sahaja, saya juga banyak mempelajari cara untuk berkomunikasi dengan petugas di Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) dengan bertanyakan mengenai maklumat-maklumat yang berguna dan juga cara untuk memberikan jawapan yang bernas kepada setiap soalan yang diajukan. Sambutan yang baik telah diberikan oleh pihak Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) secara tidak langsung meransang semangat untuk terus melakukan aktiviti bagi minggu-minggu yang seterusnya. Kewujudan Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) ini sememangnya telah banyak membantu golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) untuk mendapatkan tempat dan perkhidmatan tanpa mengira sama ada mereka masih berada dalam tempoh persekolahan atau tidak.
Objektif :
- Mengenali pelatih dan petugas di Pemulihan Dalam Komuniti (PDK).
- Membantu pihak Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) menyediakan props untuk Talent Time.