Aktiviti : Terapi berkuda bertempat di Taman Tasik Titiwangsa.
Objektif :
Pada minggu ini, terapi berkuda telah dilakukan di Taman Tasik Titiwangsa. Pelatih telah didedahkan dan diberi peluang untuk bersama-sama merasai pengalaman menunggang kuda. Namun, tidak kesemua pelatih dapat menunggang kuda kerana berat telah ditetapkan sebanyak 75 kilogram sahaja. Walaubagaimanapun, pelatih yang tidak berpeluang untuk menunggang kuda memperoleh peluang untuk menaiki kereta kuda dan bersiar-siar di sekeliling kawasan taman tersebut. Keadaan ini menunjukkan bahawa pelatih yang tidak mampu untuk menunggang kuda juga boleh merasai peluang untuk menaiki kereta kuda dan turut bergembira bersama-sama dengan pelatih yang lain. Semasa aktiviti berkuda ini berlangsung, terdapat beberapa orang ibu bapa yang turut mengikuti Pemulihan Dalam Komuniti (PDK). Perkara ini jelas menunjukkan bahawa hubungan ibu bapa dengan Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) adalah baik dan ibu bapa juga memberi sokongan kepada aktiviti Pemulihan Dalam Komuniti (PDK). Namun, terdapat juga ibu bapa yang tidak mengetahui mengenai perkembangan anak mereka. Pada pendapat saya, keadaan ini tidak sewajarnya berlaku kerana sokongan dan dorongan daripada ibu bapa merupakan sesuatu perkara yang sangat penting bagi membantu anak-anak istimewa ini kerana keluarga merupakan orang yang paling rapat dengan mereka. Tambahan pula, pelatih juga tidak mampu untuk membuat keputusan mengenai sesuatu perkara. Jadi, orang yang bertanggungjawab dengan mereka iaitu ibu bapa dan penjaga akan membuat sesuatu keputusan bagi pihak mereka.
Bukan itu sahaja, aktiviti sukaneka juga dijalankan. Aktiviti ini membantu pelatih meransang kemahiran motor kasar mereka dan mampu untuk meningkatkan kemahiran sosial pelatih. Pelatih juga didedahkan dengan suasana yang baru apabila berada di luar kawasan tempat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK).
Objektif :
- Membantu individu yang mengalami masalah emosi dan mental untuk menigkatkan tahap tumpuan.
- Meningkatkan kesabaran, disiplin, kerjasama dan ikatan emosi antara penunggang dengan kuda.