Aktiviti : Terapi Zikir
Objektif :
Pada minggu ini saya dan rakan-rakan yang lain melakukan terapi selawat bersama-sama dengan pelatih. Tujuannya adalah untuk membantu mengawal emosi dan tingkah laku pelatih di Pemulihan Dalam Komuniti (PDK). Terapi ini diilhamkan daripada Akademi Faqeh yang menggunakannya kaedah ini untuk menstabilkan emosi insan-insan istimewa. Tidak dapat dinafikan bahawa pendekatan melalui kaedah ini sememangnya sangat membantu insan istimewa ini. malah ia turut membolehkan emosi pelatih menjadi lebih stabil. Hal ini demikian kerana terdapat seorang pelatih yang sangat sukar untuk melibatkan diri dengan aktiviti yang dijalankan malah pelatih tersebut juga suka menyendiri. Namun, apabila aktiviti ini dijalankan, pelatih tersebut bersama-sama dengan kami dan berselawat bersama-sama.
Selain itu, aktiviti circle time juga dilakukan untuk melatih pelatih agar berkomunikasi dengan orang lain. Melalui circle time ini, pelatih secara tidak langsung dapat menghilangkan rasa malu dan meningkatkan keyakinan untuk berada di khalayak ramai. Bagi pelatih yang mengalami kesukaran untuk bertutur, circle time ini merupakan salah satu aktiviti yang membolehkan mereka duduk bersama-sama dengan pelatih lain walaupun tidak mampu untuk bertutur. Pelatih yang tidak mampu bertutur menggunakan gerak badan dan mimik muka apabila berkomunikasi denagn pelatih lain.
Objektif :
- Menstabilkan emosi dan perasaan pelatih.
- Mengawal tingkah laku pelatih.