aishah fauzi
  • LAMAN UTAMA
  • Biodata Saya
  • MENGENAI PDK
    • PDK TAMAN SERI GOMBAK
  • REFLEKSI
    • Minggu 1
    • Minggu 2
    • Minggu 3
    • Minggu 4
    • Minggu 5
    • Minggu 6
    • Minggu 7
Aktiviti : Projek Sudut Infografik, Props dan Art Stone
​
Objektif Projek Sudut Infografik :
  1. Memberi pendedahan kepada masyarakat terutama ibu bapa pelatih mengenai ketidakupayaan yang dialami oleh anak-anak mereka.
  2. Menyalurkan maklumat mengenai intervensi awal yang sesuai kepada pelatih agar dapat mengurangkan ketidakupayaan yang dialami.
 
Objektif Art Stone :
  1. Membantu meningkatkan kemahiran motor halus pelatih.
  2. Membantu meningkatkan koordinasi mata pelatih.
  3. Meningkatkan kreativiti dan bakat dalam seni lukis.

Art stone yang dilakukan telah membantu meningkatkan kemahiran motor halus pelatih kerana mereka diberi berus untuk mewarna batu. Art stone ini juga merupakan salah satu terapi seni yang boleh menstabilkan emosi pelatih. Contohnya, semasa berada di PDK, terdapat seorang pelatih yang mengamuk kerana inginkan sesuatu tetapi tidak diperoleh, oleh itu, salah seorang daripada ahli kumpulan saya telah memujuk pelatih tersebut secara berterusan dan beberapa kali dan kemudiannya pelatih tersebut menunjukkan minat untuk melakukan art stone. Semasa melakukan art stone, pelatih tersebut tidak lagi mengamuk malah bergurau bersama-sama dengan saya dan ahli yang lain. Bagi saya, tidak dapat dinafikan bahawa art stone sememangnya membantu pelatih untuk menstabilkan emosi namun dorongan dan pujukan serta penggunaan ayat dan intonasi yang berkesan juga membantu pelatih tersebut untuk melakukan art stone tersebut.
           Projek Sudut Infografik yang dilakukan bertujuan untuk membantu ibu bapa pelatih agar memperoleh maklumat sedikit sebanyak mengenai anak-anak mereka. Hal ini demikian kerana berdasarkan kepada pengalaman, terdapat seorang ibu yang tidak mengetahui cara untuk membantu anaknya berkomunikasi dan bertutur kerana kurang pendedahan dan tidak mengetahui intervensi yang sesuai yang sewajarnya dilakukan kepada anaknya. Oleh itu, saya dan rakan-rakan mengambil inisiatif untuk meletakkan infografik daripada kursus yang telah kami ambil iaitu kursus GGGB1043 Masalah Bahasa dan Komunikasi sebagai maklumat kepada ibu bapa pelatih. Empat infografik yang kami telah  pilih adalah mengenai Autisme, Sindrom Down, terencat akal dan perkembangan lewat. Sebagai ibu bapa, langkah sewajarnya perlu dilakukan apabila mereka mempunyai anak-anak istimewa kerana ibu bapa sangat memainkan peranan dalam kehidupan mereka. Contohnya, saya berkesempatan untuk bertemu dengan ibu bapa yang mengambil berat mengenai anak mereka dan mereka menganggap ketidakupayaan yang dialami oleh anak mereka merupakan sesuatu perkara yang sangat istimewa kerana pelbagai perkara yang telah mereka tempuhi sepanjang membesarkan anak istimewa mereka. Oleh itu, dapat saya simpulkan bahawa setiap dugaan dan cabaran mestilah dihadapi dengan tabah dan sabar.
              Selain itu, perkara yang saya peroleh adalah pelatih sangat bersemangat untuk membuat persembahan yang terbaik kerana mereka bakal membuat persembahan di hadapan Sultan Pahang di Putra World Trade Centre (PWTC). Saya dan rakan-rakan membantu pihak PDK membuat props bagi persembahan yang bakal dilakukan. Namun, terdapat percampuran antara pelatih lelaki dan pelatih perempuan. Perkara yang saya lihat adalah terdapat pelatih perempuan yang menyentuh pelatih lelaki. Bagi saya, perkara tersebut sewajarnya dielakkan daripada berlaku. Saya pernah melihat seorang pelatih perempuan ditegur oleh petugas supaya tidak menyentuh pelatih lelaki. Hasilnya, pelatih tersebut tidak lagi menyentuh pelatih lelaki pada hari tersebut. Namun, pada minggu berikutnya pelatih tersebut kembali melakukan perkara yang sama. Hal ini demikian kerana walaupun dengan ketidakupyaan yang dialami, mereka sewajarnya turut diajar mengenai batas-batas pergaulan. Oleh itu, pengulangan yang berterusan diperlukan supaya dapat mengelakkan pelatih-pelatih daripada bersentuhan kerana mereka bukan terdiri daripada kanak-kanak sahaja malah orang dewasa yang telah mencapai akil baligh.
             Akhir kata bagi mewakili keseluruhannya, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah kursus ini, Prof Madya Dr. Manisah binti Mohd Ali kerana memberikan peluang dan kesempatan kepada saya dan rakan-rakan yang lain untuk mengenali PDK dan melakukan aktiviti di Pemulihan Dalam Komuniti (PDK). Tidak dilupakan juga ucapan terima kasih kepada pihak PDK Taman Seri Gombak kerana menerima saya dan rakan-rakan untuk melakukan aktiviti di sana. Pelbagai pengalaman yang manis dan berharga telah saya peroleh sepanjang tujuh (7) minggu berada di PDK Taman Seri Gombak. 

Powered by Create your own unique website with customizable templates.
  • LAMAN UTAMA
  • Biodata Saya
  • MENGENAI PDK
    • PDK TAMAN SERI GOMBAK
  • REFLEKSI
    • Minggu 1
    • Minggu 2
    • Minggu 3
    • Minggu 4
    • Minggu 5
    • Minggu 6
    • Minggu 7