Aktiviti : Talent Time bertempat di Selayang Mall.
Objektif :
Talent time merupakan satu pertandingan yang dilakukan di Selayang Mall yang melibatkan Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) di daerah Gombak. Talent time yang dilakukan adalah untuk mencungkil bakat yang ada dalam diri setiap individu tanpa mengira kelemahan atau ketidakupayaan yang dialami oleh individu itu sendiri. Tidak mustahil individu berkeperluan khas menjadi seorang yang hebat kerana bakat yang terpendam di dalam diri seorang individu dengan individu yang lain adalah berbeza. Selain itu, perkara yang saya peroleh pada hari tersebut juga adalah melalui lagu-lagu yang dinyanyikan oleh pelatih-pelatih Pemulihan Dalam Komuniti (PDK). Walaupun penyertaan bagi Talent Time tidak terhad kepada Pemulihan Dalam Komuniti sahaja, namun melalui nyanyian yang disampaikan, mereka seolah-olah menyampaikan makna yang tersirat. Lagu yang disampaikan seolah-olah membawa mesej yang tersirat seperti mereka tidak diminta untuk dilahirkan sebagai golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) dan mereka juga mampu untuk menjadi seperti masyarakat lain yang topikal. Selain itu, nilai yang telah saya peroleh adalah mengenai kesedaran masyarakat dalam memberi sokongan dan dorongan yang berterusan kepada mereka. Boleh dikatakan dan dilihat bahawa sokongan daripada masyarakat adalah kurang mengenai aktiviti atau program yang dilakukan kepada Orang Kelainan Upaya (OKU), berbeza sambutannya berbanding kepada konsert-konsert artis yang dilakukan dan sambutan kepada artis-artis dari negara luar seperti Korea, China dan lain-lain. Walhal, golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) lebih memerlukan sokongan dan dorongan yang berterusan daripada masyarakat supaya mereka tidak berasa tersisih.
Walaubagaimanapun, warga Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) sememangnya sangat memberi sokongan kepada pelatih yang menyertai pertandingan. Sokongan yang diberikan bukan hanya daripada PDK Taman Seri Gombak sahaja malah PDK-PDK lain juga. Setiap PDK sememangnya memberikan yang terbaik kepada pertandingan. Semangat tersebut diperlukan oleh pelatih-pelatih bukan sahaja daripada pihak PDK malah daripada masyarakat juga. Selain itu, saya juga dapat melihat bahawa pelatih-pelatih gembira apabila dapat berkomunikasi dengan pelatih yang lain semasa pertandingan berlangsung. Semoga pertandingan seperti ini dilaksanakan dengan lebih banyak supaya dapat mecungkil bakat yang ada dalam diri pelatih, malah membolehkan pelatih untuk lebih berinteraksi dengan masyarakat luar.
Objektif :
- Mencungkil bakat terpendam yang ada dalam diri pelatih.
- Membantu meningkatkan tahap keyakinan pelatih apabila berhadapan dengan masyarakat.