Aktiviti : Kreativiti dan kraftangan iaitu kolaj.
Objektif :
Minggu ketiga saya dan rakan-rakan yang lain telah berkunjung ke Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) dengan melakukan aktiviti kolaj bersama-sama dengan pelatih. Pelatih telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Saya bersama-sama dengan rakan yang lain mengambil alih setiap kumpulan. Perkara yang saya peroleh adalah pelatih di sana memerlukan sokongan dan dorongan yang berterusan untuk melakukan sesuatu aktiviti. Contohnya, terdapat seorang pelatih Sindrom Down yang pada mulanya tidak mahu mengikuti aktiviti yang dijalankan, namun hasil daripada ajakan, dorongan dan sokongan yang berterusan, pelatih tersebut mampu untuk berada bersama-sama dengan saya dan rakan-rakan yang lain melakukan aktiviti malah pelatih tersebut ketawa riang apabila dapat menampal kertas yan dikoyakkan di atas kertas lukisan. Selain itu, kemahiran motor halus juga dapat ditingkatkan apabila pelatih melakukan aktiviti kolaj tersebut kerana melalui pegangan, koyakan dan kertas yang dironyokkan membantu jari-jemari mereka untuk lebih bergerak. Kreativiti setiap pelatih juga muncul kerana mereka diberi kebebasan untuk menampal cebisan kertas sama ada kertas tersebut digunting atau dikoyak oleh pelatih. Ada pelatih yang hanya menampal pada bahagian sama dan ada pelatih yang memenuhkan ruang yang kosong. Keadaan ini menunjukkan bahawa pelatih juga mempunyai pendapat dan pandangan yang berbeza mengenai sesuatu perkara dan mempunyai pilihan yang tersendiri sama seperti orang tipikal. Bukan itu sahaja, koordinasi mata pelatih juga turut berkembang semasa pelatih ingin menampal kertas. Hal ini demikian kerana pelatih perlu melihat kepada kertas untuk meletakkan gam dan menampal di atas kertas yang lain. Malah, aktiviti kolaj ini juga mampu untuk menarik perhatian pelatih supaya kekal fokus dengan lebih lama apabila pelbagai jenis warna dan bentuk kertas yang digunakan. Aktiviti kolaj ini sememangnya sangat membantu untuk digunakan kepada pelatih-pelatih.
Objektif :
- Membantu meningkatkan kemahiran motor halus.
- Meningkatkan koordinasi mata.